My Blog List

Thursday, December 2, 2010

TANBIHUL GHAFILEEN

TELAH dinukilkan sabdaan BAginda Rasullullah SAW bahawa sesiapa yang matlamatnya hanyalah dunia sahaja, maka Allah Ta'ala akan membebankan hatinya dengan tiga perkara:
1. satu kebimbangan yang tidak akan berakhir.
2. satu kesibukan yang tidak membenarkannya masa lapang.
3. satu kesempitan yang sentiasa menghiMpitnya
FAQIH ABUL LAITS SAMARKHANDI RAH.MENUKILKAN KATA-KATA HIKMAH DARI SEORANG HAKIM BAHAWA kita telah mencari empat perkara dan untuk mencarinya kita telah ikut jalan yang tidak betul. kita mencari GHINA (kekayaan) dalam harta padahal kekayaan itu tiada di dalam harta tetapi berada dalam QANA'AH. kita terus mencarinya dalam harta tetapi bagaimana boleh dapat kekayaan itu sedangkan tiada didalam harta?

kita mencari kerehatan dan kesenangan dalam berlebihan harta dan diri tetapi ia berada dalam kekurangannya.

kita telah mencari kemuliaan daripada makhluk(yakni mengambil tindakan yang akan menjadi asbab kesukaan mereka agar mereka menghormati kita). tetapi kemuliaan itu didapati di dalam ketaqwaan. dan perkara yang benar adalah sesiapa yang lebih bertaqwa maka ia menjadi asbab lebih mulia.

kita telah mencari nikmat Allah Ta'ala, dalam makan minum sahaja(dan kita telah menganggap ianya nikmat Allah yang besar. walhal, nikmat Allah yang paling besar adalah ISLAM dan dosanya dilindungi. ( yakni sesiapa yang telah menerima kedua-dua nikmat ini maka ia menerima nikmat ALLAH yang paling besar.